Binaan paling popular di Paris, Menara Eiffel, bergelap pada malam semalam (Rabu), sebagai tanda menghormati mangsa serangan bom di Kabul, Afghanistan.

Menurut Anne Hidalgo yang juga merupakan Datuk Bandar Paris, lampu Menara Eiffel telah dipadamkan bermula Selasa lalu selepas letupan di Baghdad yang telah mengorbankan lebih daripada 42 nyawa.

”Lampu Menara Eiffel sekali lagi akan dipadam bermula 12 malam ini sebagai tanda solidariti Paris dengan Kabul.

”Selepas Baghdad, kini Kabul menjadi mangsa serangan yang kejam.

”Usaha ini adalah sebagai tanda simpati dan kasih sayang kepada semua mangsa tersebut,” katanya di Twitter.

Setakat ini, tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan yang menggegarkan kuaters politik di Kabul itu.

Serangan yang berlaku pada waktu puncak itu telah menyebabkan kira-kira 90 orang maut manakala ratusan lagi cedera.

Sumber : Channelnewsasia.com
Olahan : Izzat Ridzwan