Pelbagai cerita menarik berlaku pada Jumaat jadi kami kongsikan lima yang paling hot.

#1: Aedy Ashraf Akui Melamar Amelia Sebagai Kekasih Bukan Gimik - “Tak Ada Masa Nak Dating..”

Pelakon Aedy Ashraf mengakui aksi melamar aktres Amelia Henderson sebagai kekasih bukanlah gimik produk seperti yang menjadi dakwaan ramai.

Malah, setelah sekian lama mengunci mulut mengenai spekulasi hubungan cinta yang tercetus diantara dua pelakon drama Kisah Cinta Kita ini, Aedy mengiakan bahawa hubungan tersebut lebih daripada rakan sekerja.


#2: “Benda Tu ‘Makan’ Diri Saya” - Isu Tiket Mahal, Aina Abdul Kecewa ‘Value’ Dipertikai, Siap Dibandingkan Dengan…

Isu membabitkan nilai harga tiket konsert yang tercetus sejak bulan lalu sedikit sebanyak memberi impak terhadap diri penyanyi bersuara lunak Aina Abdul.

Menurut Aina, dia akui harga tiket A Night With Aina Abdul 2.0 menjadi persoalan buat kebanyakan netizen, malah ada yang marah apabila harga sedemikian diletakkan.


#3: “Bibir Dia Ya Allah Comelnya!” - Nur Aria Mikayla, Anak Kedua Elfira Loy Jadi Perhatian

Pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairul Anuar memilih nama yang cukup indah buat puteri mereka iaitu Nur Aria Mikayla.

Selain nama, Elfira juga turut memuat naik foto terbaharu anak keduanya secara jelas selepas tujuh hari bersalin.


#4: Dituduh Zalim Tak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak, Along Cham Dedah Cerita Sebenar - “Ada Yang Tak Ikut Kes Perceraian Kami”

Baru-baru ini, pelawak Along Cham menerima kecaman netizen kerana didakwa melarang bekas isterinya, Zila Seeron bertemu dengan anak tunggal mereka, Ahmad Danial.

Dianggap sebagai perbuatan yang zalim, Along mendedahkan yang Zila sebenarnya tidak dibenarkan untuk membawa keluar Danial atau tidur di rumah kerana mengikut perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.


#5: Cantiknya Nama Anak Anzalna, Mohamad Emirhan! Ini Maksudnya…

Pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki memilih untuk mengumumkan nama anak keduanya selepas tujuh hari bersalin.

Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itulah nama cantik pilihan Anzalna dan suami.