Bekas vokalis kumpulan rock Panji, Mohd Rafi Ibrahim, dilaporkan meninggal dunia kira kira jam 4.10 pagi tadi, akibat komplikasi penyakit sejak setahun lalu.

Jenazah beliau yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Felda Jerangau, Kuala Terengganu.

Berita itu diumumkan menerusi satu posting Facebook rasmi Kumpulan Panji 1993, kira kira tiga jam lalu.

Minggu lalu akhbar melaporkan Allahyarham dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini setelah mengalami sakit perut dan sukar bernafas.

Isteri beliau, Suhailiza Ahmad, 42, dipetik sebagai berkata, suaminya disahkan mengalami penyakit hepatitis C, selain menderita kencing manis, mengidap jangkitan kuman pada saluran makanan, bengkak hati dan mempunyai gastrik.

Menurut beliau, kesihatan Allahyarham sudah merosot dan tidak mampu bekerja sejak tiga bulan lalu.

Sumber: Sinar Harian
Foto: BHOnline/Sinar Harian