Laman Utama

Mengaku Berkawan Rapat Dengan Lelaki Bukan Melayu, Ezlynn - "Jika Allah Kata Itulah Jodoh Saya, Saya Terima"

gempak
Zulaikha Yusof
25/03/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
Mengaku Berkawan Rapat Dengan Lelaki Bukan Melayu, Ezlynn - "Jika Allah Kata Itulah Jodoh Saya, Saya Terima"
Penyanyi Ezlynn, 39, mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki bukan Melayu sejak lebih setahun lalu.
Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin berkata jejaka itu bukan daripada kalangan orang ternama (VIP) tetapi seorang kakitangan swasta.
Katanya, walaupun usia teman rapatnya lebih muda beberapa tahun namun sikap yang matang serta memahami itu membuatkan dia berasa selesa untuk berkawan.
"Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, dia orang biasa saja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.
"Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami bertemu ketika kerap bermain badminton sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Apa yang boleh dikongsikan setakat ini, kami berkawan. Saya berserah, jika Allah kata itulah jodoh saya, saya terima," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Ezlynn bercerai dengan bekas suami, Adam Fahmy pada Oktober 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Tambah pelantun lagu Hi Hi Bye Bye, dia tidak menafikan agar sukar untuk memulakan kehidupan baru setelah sekian lama memegang status janda.
"Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada, cuma bila ia tidak menjadi membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.
"Apabila sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu, kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga lagi.
"Kalau buat silap sekali, 'bye-bye' lah. Jadi perkara itu sukar buat saya sebab kita sudah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan," katanya lagi.
Ezlynn ditemui ketika ketika majlis pelancaran sabun Toyyib yang diadakan di Bandar Bukit Raja, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon filem Zombi Kampung Pisang turut meluahkan rasa teruja dan kagum dengan pelancaran produk daripada peniaga bumiputera yang menekankan elemen halal.
Menurut Pengarah Syarikat Toyyib iaitu Norshahila Mohd Noor, syarikat ini beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu namun sudah berjaya menjual lebih daripada 100,000 botol.
"Masa PKP, setiap hari jumlah jualan meningkat sehingga sekarang sudah mencecah lebih 100,000 botol. Produk Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri apabila datang dengan empat fungsi iaitu pembersih, pelembut, anti-bakteria dan pewangi.
"Alhamdulillah produk ini mendapat sokongan daripada orang Muslim sendiri. Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik.
"Dan dalam masa sama, kami membuka peluang pekerjaan dan kini sudah mempunyai lebih 3,000 orang stokis dan ejen di seluruh Malaysia," katanya.
Turut sama hadir adalah suami Norshahila iaitu Naim Saidon dan juga Faiz Hairudin yang juga merupakan orang kuat dalam syarikat Toyyib.
Sabun Toyyib dijual dalam dua saiz yang berbeza iaitu 4 kilogram (RM20) dan10 kilogram (RM30).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live