Laman Utama

Mengaku Kekasih Beri ‘Duit Berkepok’, Netizen Minta Finalis Program Realiti Jangan Halusinasi

gempak
Maliah Surip
20/09/2022
09:43 MYT
Sponsor Banner
Mengaku Kekasih Beri ‘Duit Berkepok’, Netizen Minta Finalis Program Realiti Jangan Halusinasi
Seorang penyanyi wanita yang menjadi terkenal menerusi program realiti hiburan baru baru ini mendedahkan perjalanan dan kisah percintaannya.
Bukan mendapat simpati atau dipuji, kenyataan yang diberikan oleh Brisia Jodie, penyanyi dari Indonesia tersebut sebaliknya menerima banyak kritikan dan diragui.
Kisahnya bermula apabila penyanyi berusia 26 tahun itu mengaku pernah menjalin cinta dengan seorang lelaki yang kaya raya. Hubungan mereka bagaimanapun hanya bersifat sementara.
Kata Brisia, dia bertemu mantan kekasih yang dirahsiakan identitinya kecuali didakwa bukan dalam kalangan selebriti itu di sebuah kelab malam.
"Dulu pernah sekali bercinta dengan kekasih bukan dalam kalangan public figure. Dia super-super kayanya minta ampun," ungkap Brisia Jodie seperti dilaporkan Insertlive.
Brisia melanjutkan bicara dengan: “ Kami bertemu di sebuah kelab di Bali sewaktu Tahun Baru. Saya waktu itu bersama ibu dan bapa.
“Oh ya saya kalau ke kelab selalu sama mama papa. Jadi ada dia sama papanya. Terus papanya tegur mama ku, 'Eh boleh minta nombor anaknya tidak? Buat anak saya'.
“Tidak hanya meminta nombor telefon, tiba tiba papanya memberi duit yang banyak kepada mama. Mama ambil dan dia mengambil nombor telefon saya.”
Dia yang kini menjalin hubungan dengan Julian Jacob juga mengaku tidak dibenarkan menyanyi.
Kenyataannya itu membuatkan pelantun Cinta Kau Dimana tersebut dipersoalkan netizen.
“Sekejap sekejap, pergi kelab malam bersama ibu dan bapa? Diberi duit berkepok dan diambil ibunya? Bagaimana ibunya ini Joooooddd (Brisia). Awak tidur terlalu ‘menungging’,” tulis seorang netizen.
Seorang yang lainnya meninggalkan komen berbunyi: “Orang kaya hari ini tak bawa duit cash. Halusinasi.”
Bukan sahaja tidak mempercayai cerita cinta yang dianggap hanya rekaan, ada juga yang membandingkan taraf kehidupan Brisia dengan bintang yang memang terkenal telah berkahwin dengan suami dari keluarga kaya raya, Nikita Willy.
“Kalau sekelas Nikita Willy, saya percaya,” komen seorang netizen lainnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live