Pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah mendedahkan nama yang diberi kepada cahaya mata ketiganya selepas isterinya bersalin pada awal 22 April lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Amin menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Puteri ke 3 kami. Saya namakan Fatimah Zahra. Mengambil berkat dari nama puteri Baginda Nabi Muhammad Saw. Salam perkenalan buat semua dari Fatimah Zahra.

"Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga kebaikan yang sama diberikan kepada kalian. Terima kasih duhai isteri yang melahirkan.

Puteri ke 3 kami.. . Saya namakan Fatimah Zahra.. . Mengambil berkat dari nama puteri Baginda Nabi Muhammad Saw . Salam perkenalan buat semua dari Fatimah Zahra . Terima kasih atas doa kalian semua . Semoga kebaikan yang sama diberikan kepada kalian . Terima kasih duhai isteri yang melahirkan.. . Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki ini.. . Wahai Puteri, jaga diri mu dengan syariat . Bekal kan diri mu dengan akhlak dan adab . Hidupkan rasa malu dalam diri . Kita makan minum membesar bernafas semua Allah yang bagi . Maka jangan sesekali lawan Allah . Jangan sesekali kecewakan Rasulullah . Kamu mulia kerana menjaga maruah.. . Aisyah Sofea 7 April 2014 Abdullah Umar 9 April 2016 Fatimah Zahra 22 April 2019..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


"Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki ini. Wahai Puteri, jaga diri mu dengan syariat. Bekal kan diri mu dengan akhlak dan adab. Hidupkan rasa malu dalam diri.

"Kita makan minum membesar bernafas semua Allah yang bagi. Maka jangan sesekali lawan Allah. Jangan sesekali kecewakan Rasulullah. Kamu mulia kerana menjaga maruah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan anak Amin dan mendoakan kesihatan anak serta isterinya.

PU Amin telah berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar di pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.