Laman Utama

Mengangkat Bakat Penyanyi Hip Hop, 16 Baris Kembali Dengan Musim Terbaharu! Sertai Ujibakat Sekarang

Shahrin Zulkifle
30/09/2022
12:00 MYT
Sebuah program yang mencungkil bakat penyanyi hip hop, 16 Baris kembali dengan musim terbaharu.
Menurut ‘presiden’ hip hop Malaysia yang juga pencetus idea kepada program tersebut, Joe Flizzow akui 16 Baris sememangnya satu platform yang luar biasa dan tapak terbaik untuk mengesan mereka yang hebat.
Platform Bakat Hip Hop
“Sejak dua tahun yang lalu, dunia hip hop telah melahirkan satu generasi baru penyanyi rap dan di sinilah peluang mereka untuk menunjukkan bakat mereka bersama dengan komuniti hip hop yang sedia ada.
“Rancangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk berlaku jujur dalam seni mereka, dan seperti yang dituntut dalam muzik hip hop, mereka hanya diberi 16 baris untuk menyerlah. Jadi jika anda diberi hanya satu peluang tersebut, apa yang akan anda lakukan? Bagaimana persiapan anda?
“Setiap penyanyi rap baik yang sudah terkenal atau baru akan diberi peluang untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya terbaik. Setiap peserta harus yakin yang mereka terhebat di tahap tertentu dan rancangan ini akan memberikan mereka kesempatan itu untuk membuktikannya,” jelas Joe.
Penyatu Dunia Hip Hop
Selain itu, Joe menjelaskan program ini juga telah berjaya menyatukan dunia hip hop yang semakin berkembang dan memecahkan pelbagai penghalang.
“Ia bukan sahaja berjaya memecahkan penghalang dari sudut bangsa tetapi juga mengembara ke luar negeri malah negara. Ia telah melahirkan 16 Baris di Australia dan juga di Thailand.
“Selepas mengetahui bahawa legenda hip hop seperti Snoop Dogg dan Lupe Fiasco juga mengikuti 16 Baris, ia terbukti bahawa rancangan ini memang luar biasa,” tambah Joe.
Kelainan Musim Terbaharu
Dalam pada itu, Joe juga memberitahu bahawa musim terbaharu ini akan menampilkan lebih banyak konsert.
“Bukan hanya satu mungkin lebih banyak. Kami akan umumkan tak lama lagi. Kami juga merancang untuk menjelajah seluruh negara. Jadi Malaysia, inilah peluang anda untuk menyerlah dan meraih kejayaan.
“Tunjukkan pada kami yang andalah yang terhebat dan buktikan kemampuan di 16 Baris. Ayuh!” ujarnya lagi sebelum menutup kata.
Ujibakat
Ujibakat buat penyanyi rap dan pembuat beat (beatmakers) akan berlangsung mulai 26 September hingga 7 Oktober 2022. Mereka yang berminat perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1. PENYERTAAN BUAT PARA PENYANYI RAP (RAPPERS)
Langkah 1: Rakam video anda sedang menyanyi rap atau ‘rapping’
Langkah 2: Hantarkan video anda di salah satu wadah media sosial berikut - Instagram Reels
atau Facebook atau YouTube Shorts atau TikTok
Langkah 3: Tag @16.Baris (Instagram) @16BarisOfficial (Twitter & FB) @16Baris (TikTok)
@16BARIS (Youtube) dengan hashtag #16BS3Audition & #16BS3Rappers
Langkah 4: Klik link di bio untuk mengisi borang dan hantarkan pautan (link) video anda.
2. PENYERTAAN BUAT PARA PEMBUAT ‘BEAT’ (BEATMAKER)
Langkah 1: Rakam video anda memainkan ‘beats’
Langkah 2: Hantarkan video anda di salah satu media sosial berikut - Instagram Reels atau
Facebook atau YouTube Shorts atau TikTok
Langkah 3: Tag @16.Baris (Instagram) @16BarisOfficial (Twitter & FB) @16Baris (TikTok)
@16BARIS (Youtube) dengan hashtag #16BS3Audition & #16BS3BeatMakers
Langkah 4: Klik link di bio untuk mengisi borang dan hantarkan pautan atau link video anda.
Nota: Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan beat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw

gempak
01/06/2024
16:35 MYT
Melly Goeslaw mengejutkan peminat apabila membawa pesohor Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow sebagai penyanyi jemputan pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi.
Hiburan

Hannah Yeoh Tegur Pakaian Joe Flizzow - "Dia Selalu Pakai Seluar Baggy, Baju Tak Tuck In"

gempak
04/03/2024
03:55 MYT
Perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai perwatakan penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan tular di aplikasi TikTok.
Laman Utama

Memang Legend, Konsert HAUSBOOM Music 2023 Kumpul 35 Penghibur; Dari Ella, Joe Flizzow, SOG, Spider, Dolla Sampai Baby Shima

gempak
19/07/2023
12:05 MYT
HAUSBOOM Music 2023 akan berlangsung pada 9 dan 10 September.
Gempak Most Wanted

#GMW: Kenali Zeppo Youngsterz Juara Body Rock 2023, Nadeera Zaini Kongsi ‘Rahsia’ Dalam HP & Temu Bual Eksklusif YB Hannah Yeoh

gempak
12/07/2023
11:25 MYT
Wah menarik la GMW minggu ini!
Peraduan

Gempak Giveaways: This is JOHAN (Joe Flizzow)

gempak
05/07/2023
14:39 MYT
Agak-agak apa hadiah yang korang akan dapat ni?