Kritikan panas! Itu yang berlaku apabila tularnya sepotong video memaparkan seorang ‘mat salleh’ mengkritik keadaan jalan raya di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTk itu, individu tersebut kelihatan sangat kecewa dengan keadaan jalan di Malaysia yang berlubang.

Malah, dia turut membandingkan keadaan jalan raya di negara Peru dengan situasi di Malaysia.

“Bagaimana negara seperti Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik.

“Manakala di Malaysia, pihak berkuasa Malaysia tidak membaiki jalan berlubang.

“Ini serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda,” katanya menerusi video berkenaan.

Luahan lelaki berkenaan kemudian mendapat persetujuan ramai netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati keadaan dengan jalan raya di negara ini.

Tidak kurang juga yang malu dengan kenyataan tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap ia satu ‘tamparan’ hebat buat pihak berkuasa.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.