BERITA
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Jenazah Pak Lah Dibawa Ke Masjid Negara
Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi telah dibawa keluar dari kediamannya di Bait Badawi, Persiaran Tuanku Jaafar, di sini, sekitar pukul 8.10 pagi menuju Masjid Negara.
Di Masjid Negara, jenazah bekas Perdana Menteri itu akan dimandi, dikafan dan disolatkan sebelum dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan.
Menerusi Tinjauan Astro AWANI di kediaman Allahyarham Abdullah mendapati, lebih 10 kenderaan yang dipercayai membawa ahli keluarga turut mengiringi van jenazah menuju ke Masjid Negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Pengamal media pula mula berkumpul di perkarangan kediaman rasmi Allahyarham, Bait Badawi seawal pukul 6.30 pagi bagi membuat liputan pemergian negarawan itu.
Allahyarham Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi.
Sumber - AWANI
Must-Watch Video