VIRAL
#MenghitungHari... Isa Khan Mula Tayang Teman Wanita Misteri, Peminat Mula Usik Risteena
Pelakon kacak Isa Khan akhirnya mula mendedahkan identiti sebenar teman wanita misteri yang menjadi buah mulut netizen sejak minggu lalu.
Biarpun tidak menyatakan siapakah individu yang berada di pangkuannya dalam sekeping foto intim di Instagram, Isa seakan-akan memberikan bayangan dia kini sedang berbahagia.
"Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapapun.
"Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.
"Kamu telah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracuni fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.
"Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa sudah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang," tulisnya.
Melafazkan kata janji untuk menjaga dan melindungi wanita misteri itu, Isa menyifatkan kehadirannya merupakan perkara terindah dalam hidup.
"Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini.
"Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku.
"Aku cuma mahu kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang.
"InsyaAllah.. Tuhan telah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih kerana telah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku tak akan kecewakan kamu.
Malah, Isa turut memohon maaf kepada rakan media kerana masih belum tiba masanya untuk mendedahkan situasi sebenar kepada umum.
"Kepada sahabat media, minta maaf aku belum bisa berikan apa-apa kenyataan sekarang.
"Minta doa dari kalian moga semuanya di permudahkan buat aku dan dia. Assalamualaikum," tambah Isa.
Menerusi foto berkenaan, ramai yang mula mengucapkan tahniah dan memetik nama pelakon cantik Risteena Munim.
Hubungan Isa dan pelakon Risteena menjadi buah mulut ramai apabila aktres itu sendiri memuat naik foto dan video bersama seorang lelaki dengan imoji 'love'.
Sebelum itu, Risteena juga sempat memuat naik foto bersama Isa dan kakak pelakon itu, Farali Khan dengan keterangan bertulis 'Family'.
Isa dan Risteena pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama 20 episod Bulan Di Kota Langit yang menjalani penggambaran di Jogjakarta, Indonesia sekitar Ogos lalu.
Must-Watch Video