Laman Utama

Menginjak Usia 40 Tahun, Sherry Ibrahim Masih Menanti Jodoh - “Bukan tidak Mahu Berkahwin, Mungkin…”

gempak
Asyikin Mayudin
10/03/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Menginjak Usia 40 Tahun, Sherry Ibrahim Masih Menanti Jodoh - “Bukan tidak Mahu Berkahwin, Mungkin…”
Menginjak ke usia 40 tahun, pelakon Sherry Ibrahim mengakui dia juga tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga.
Tidak selesa menjawab perihal peribadi, Sherry bagaimanpun menganggap belum ada rezeki dalam bab jodohnya namun tetap gembira menjalani kehidupannya kini.
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Sherry berkata demikian ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang diadakan di Hotel ST Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” kata Sherry.
Selain sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya, Khatulistiwa Hair Spa, bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024