gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bumi Berputar Lebih Laju Selama Tiga Hari
HIBURAN
Raih 100K Tontonan Dalam 2 Hari, Alpha Jumpa Peminat Tanda Terima Kasih
HIBURAN
Ammar Ahyan Ambil Lesen Kereta, Shahida Imbas Perangai Nakal Waktu Kecil - “Paling Susah Gunting Rambut, Meraung Macam Kena Ganyang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

SUKAN

Meninggal Dunia Bersama Adik, Diogo Jota Didakwa Memandu Laju

Maliah Surip
Maliah Surip
09/07/2025
13:45 MYT
Sponsor Banner
Meninggal Dunia Bersama Adik, Diogo Jota Didakwa Memandu Laju
Berita kematian pemain Liverpool, Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva, 25, masih meninggalkan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta peminatnya.
Namun bagi pihak berkuasa, mereka tetap meneruskan siasatan untuk mencari punca kemalangan yang telah meragut nyawa mereka.
Terkini, CNN melaporkan, menerusi siasatan awal yang dijalankan, pihak berkuasa Sepanyol mendapati punca kemalangan berlaku kerana Jota memandu dalam keadaan laju.
Insiden tersebut telah membuat Jota yang baru berkahwin dua minggu lalu meninggal dunia pada usia 28 tahun. Pihak berkuasa bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden yang berlaku.
Pihak berkuasa juga mengesahkan Jota yang juga pemain Portugal adalah pemandu sewaktu kemalangan berlaku.
Sebelum ini media tempatan melaporkan kereta Lamborghini yang dipandu Jota dan adiknya, 25, terbakar selepas mengalami tayar pecah di Cernadilla, Zamora, Sepanyol Utara pada 3 Julai lalu.
Kematian mengejut itu telah membuat rakan sepasukan termasuk Cristiano Ronaldo bersedih.
“Ini tidak masuk akal. Kami baru bermain bersama dalam pasukan negara. Dan anda baru berkahwin,” tulisnya di media sosial.
Terdahulu gambar dan video kemalangan yang berlaku telah tular di media sosial.
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Sukan
#Meninggal Dunia
#Liverpool
#Adik
#Pandu
#Laju
#Andre Silva
#Diogo Jota
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement