Laman Utama

Menjadi-Jadi Trend Artis Buka Tudung, Ustaz Hassan Adli Tegur

gempak
Izwan Isa
19/10/2023
01:20 MYT
Sponsor Banner
Menjadi-Jadi Trend Artis Buka Tudung, Ustaz Hassan Adli Tegur
Pendakwah bebas, Ustaz Hassan Adli menegaskan wanita yang membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri tidak akan menggugurkan hukum wajib.
Jelasnya, bertudung dan menutup aurat itu wajib dalam Islam
"Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram.
"Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wantta Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
"Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Menurut Hassan, jadi seseorang wanita itu nak berhijrah menutup aurat, hijrahlah bersungguh-sungguh. Jangan dibuat sekerat jalan, sebab takutnya kita mempermainkan agama pula.
"Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.
"Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah," ujarnya.
Terkini, pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama menjadi satu 'trend'.
Ada segelintir yang akan memakai tudung apabila mahu dan menanggalkan dengan alasan tertentu atas alasan mahu menjadi diri sendiri.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live