Personaliti media sosial Azfar Heri meluahkan rasa syukur apabila adiknya, Afif selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Azfar berkongsi video suntikan adiknya itu untuk tatapan umum.

Menurut Azfar atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam, 23, dia menemani adiknya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima vaksin secara ‘walk in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata, Bukit Jalil.

Walaupun Afif kelihatan resah dan perlu dipujuk, Azfar berasa lega apabila semua proses jalan lancar.

“Alhamdulillah setel dos pertama untuk Afif. Mula-mula risau sangat sebab Afif tak dapat vaksin lagi, jadi sudah hati si kitorang decide nak walk in je. Hari ni Afif dapat dos pertama dan alhamdulillah proses semua senang time nak walk in sampailah habis.

“Risau jugak Afif mengamuk ke apa tapi nasib volunteer semua pegangkan dan pujuk, kuat betul ye dia jerit satu PPV tu dengar hahaha tapi tak kisah asalkan dia okay.

“Sebenarnya, berdebar-debar jantungku ini yaa tengok dia kena vaksin, mama lagi la cuak tak habis. Tapi apa-apa pun thank you so much pada semua volunteer dan frontliner dekat Axiata Bukit Jalil mudahkan kerja,” tulis Azfar di ruangan kapsyen.

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)


Menerusi perkongsian berdurasi 18 saat itu, Afif dipegang oleh beberapa orang termasuk Azfar untuk ditenangkan sebelum disuntik.

Afif yang dilihat memegang sebungkus coklat menjerit selepas selesai menerima suntikan vaksin dan kemudiannya terus bangun.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya meluahkan rasa syukur apabila Afif selesai menerima suntikan vaksin.

Ramai juga yang memuji tindakan Azfar yang sabar menenangkan Afif sewaktu adiknya kelihatan gelisah dikelilingi orang.

Yeayyyy Afif!!! Kalau sakit pukul je abang,” usik Neeta Manis.

Alhamdulillah, good job Afif,” tulis Daiyan Trisha.

Take care of Afif, Azfar! You’re such a good brother,” puji seorang wargamaya.

Aku pulak menjerit sama tengok Afif. Btw, congrats Afif dah dos pertama,” kata seorang wargamaya.

“Pandai Azfar chillkan Afif. Suka tengok,” kata seorang wargamaya.

Alhamdulillah, Afif budak kuat!” ujar seorang wargamaya.

Abang yang baik dan bertanggungjawab la awak ni Azfar, tahniah!” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan dan 1,200 komen daripada pengikutnya.