Laman Utama

Menteri Agama Maklum Isu Pengkid Berpakaian Ihram Lelaki, Akan Kenakan Tindakan Tegas

Izwan Isa
13/08/2022
02:50 MYT

Menteri Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad sedia maklum mengenai video tular seorang wanita menyerupai lelaki yang mengerjakan ibadah umrah di Mekah baru-baru ini.

Menerusi kemas kini akaun Facebook miliknya, Ustaz Idris berkata, isu berkenaan melibatkan hukum hakam agama dan tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap si pelaku.
“Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dan dakwaan melaporkan seorang wanita mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.
“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.
“Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata dilihat bersetuju dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Ustaz Idris.
“Tahniah. Lantang dan berani. Kena ambil tindakan untuk jadi pengajaran pada semua. Siapa saja yang menyokong tindakan ni boleh hantar masuk sekali. Biar pening duk penjara laki.”
“Ban agensi. Biar jadi pengajaran kepada agensi-agensi lain supaya tak sambil lewa dan cuai.”
Terdahulu, gempar di media sosial apabila seorang wanita yang menyerupai lelaki dipercayai warganegara Malaysia didakwa mengenakan ihram ketika melakukan ibadah umrah.
Ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang dianggap menghina agama selain boleh memburukkan nama Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Menteri Hal Ehwal Agama Berhasrat Untuk Bertemu Aliff Syukri

gempak
25/04/2022
03:56 MYT
MV lagu raya Aliff Syukri timbulkan kontroversi.
Laman Utama

​“Padan Muka, Dah La Busuk...” - Netizen Tepuk Tangan Bila Menteri Agama Mahu Ambil Tindakan Terhadap Suhaimi Saad Terhadap Isu Tolak Allah Ada Di Mana-Mana

gempak
06/12/2021
05:40 MYT
Tak baik main-mainkan hal agama
Laman Utama

Janji Nak Bogel Kerana Tujuan Tertentu, Ini Nasihat Menteri Agama – “Tak Ada Faedah…”

gempak
03/12/2021
03:26 MYT
Yang berjanji bukan-bukan tu memang sembang kacang je!
Laman Utama

"Ia Cuma Gambar Kandid" - Gambar Ustaz Don & Dr. Zulkifli Tular, Admin Facebook Menteri Agama Jelaskan Salah Faham

gempak
16/07/2021
08:20 MYT
Jangan salah sangka!
Laman Utama

Jangan Fitnah! Didakwa Guna Wang Rakyat Naik Pesawat Mewah, Ini Penjelasan Menteri Agama

gempak
14/04/2021
00:00 MYT
Diam lebih baik daripada bersuara kalau tak tahu hal sebenar, takut jatuh fitnah nanti.