Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Sebak Masih Terima Sokongan - “Saya Menangis Kerana…”

Amir Ahnaf Sebak Masih Terima Sokongan - “Saya Menangis Kerana…”

Sekilas

  • Pelakon Amir Ahnaf sebak selepas menonton filem lakonannya, BAGA: Esok Untuk Siapa, yang mengisahkan kehidupan dua jiwa muda dalam masyarakat kampung konservatif.
  • Amir mengakui pernah hilang keyakinan diri dalam beberapa bulan lalu tetapi berterima kasih atas sokongan penonton yang menghargai kejujuran dan usaha mereka dalam filem tersebut.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 5 November dan mengetengahkan isu kemiskinan, tradisi serta pilihan hidup yang memberi kesan besar.
Advertisement

Pelakon, Amir Ahnaf tidak dapat menahan sebak selepas selesai menonton filem lakonannya, BAGA: Esok Untuk Siapa.

Sewaktu sesi sidang media, Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin
mengakui dia pernah kehilangan keyakinan terhadap diri sendiri susulan beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu.

Advertisement

“Terima kasih. Buat julung kalinya, sebab saya tahu selepas apa yang berlaku dalam dua tiga bulan yang lepas, saya hilang rasa kepercayaan terhadap diri sendiri.

“Selepas saya melihat, mendengar dan merasai apa yang kalian rasa, saya rasa bersyukur sebab kalian lebih hargai rasa kemanusiaan berbanding rasa orang lain. Saya jujur dalam setiap apa yang saya buat, apatah lagi naskhah yang saya bawa. Bukan saya seorang, tetapi bersama Ayah Wan Hanafi Su, Kimal, Syafiq Kyle, Syafiq Yusuf, Ariff, Amirah Razak, Cek dan Idham Maulana.

“Semua rasa itu datang daripada hati yang jujur. Saya percaya apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup, kalau kita jujur, semua orang akan dapat merasainya. Saya bersyukur kerana kalian turut merasainya,” katanya.

Advertisement

Amir juga mengakui tersentuh dan tidak menyangka masih ada penonton yang hadir untuk memberikan sokongan terhadap dirinya dan karya tersebut.

Malah, pelakon itu mengakui pernah menyangka peluangnya untuk terus berada dalam industri seni sudah tertutup.

“Sebab saya menangis adalah kerana saya tidak percaya kalian semua boleh berada di sini sebenarnya. Saya ingat saya sudah hapus dalam industri ini. Saya ingat saya sudah tidak ada dalam industri.

“Tapi saya percaya saya berada dalam industri ini sebab saya nak tolong keluarga saya. Saya nak bantu industri kita dan angkat bakat-bakat yang sebelum ini tidak mendapat perhatian untuk berkongsi rasa dengan kita semua.

“Saya angkat cerita ini bukan sebab saya seorang, tetapi saya angkat kita semua. Kita buat semua ini bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk industri Malaysia dan supaya kalian semua dapat merasainya.

“Saya percaya kehadiran kalian semua di sini adalah dengan izin Tuhan. Terima kasih kerana merasai, mempercayai dan menghargai. Itu sahaja,” katanya mengakhiri ucapan.

Filem Baga: Esok Untuk Siapa diterbitkan oleh Indigo Films dan Skop Productions membariskan pelakon Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatar kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, filem ini turut menyentuh isu kemiskinan, tradisi dan pilihan yang membawa kesan besar.

Nantikan filem Baga: Esok Untuk Siapa yang akan berada di pawagam bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement