,
Laman Utama

Menteri Agama Ziarah Ibnor Riza & Serah Sumbangan MAIWP RM5,000

Izwan Isa
22/10/2023
06:50 MYT

Penderitaan penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, yang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Mohd Na'im berkata, beliau berkesempatan menziarahi penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu dan turut menyampaikan sumbangan.
“Hari ini saya turun berziarah ke rumah beliau (Ibnor), bertemu mata jua dan bertanya khabar kesihatan beliau.
“Saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zabidi Nasan telah menyampaikan sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM5,000 untuk meringankan beban Ibnor,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi itu diramal hanya mempunyai enam bulan untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser pada Februari lalu, namun tetap tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit tersebut.
Difahamkan, Ibnor memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta, jika ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.
Sementara itu, Mohd Na’im memaklumkan, beliau turut mendengar lagu-lagu nyanyian Ibnor yang disifatkan amat puitis.
Tambahnya, Mimpi Yang Tak Sudah dan Berdiri Seorang Perindu sentiasa menjadi halwa telinga dan mendapat tempat di hati pendengar.
“Marilah bersama-sama kita berdoa agar saudara Ibnor diberikan kesembuhan dan kesihatan,” ujar beliau.
BACA: Susut & Ketiadaan Rambut, Ibnor Riza Kongsi Wajah Terkini Selepas Hidap Kanser Limfoma -"Doakan Saya...​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Penyanyi Era 80-An, Ibnor Riza Meninggal Dunia

gempak
17/12/2023
08:54 MYT
Innalillahiwainnailaihirojiun
Laman Utama

Susut & Ketiadaan Rambut, Ibnor Riza Kongsi Wajah Terkini Selepas Hidap Kanser Limfoma -"Doakan Saya Terus Sihat"

gempak
05/04/2023
00:51 MYT
Ibnor Riza mohon doa semua...
Laman Utama

Isteri Sahkan Ibnor Riza Sudah Sedar - "Dia Sudah Makan Melalui Tiub & Hanya Dibenarkan Minum..."

gempak
22/02/2023
04:01 MYT
Isteri Syukur Sahkan Ibnor Riza Sudah Sedar
Laman Utama

"Dia Pengsan Tiga Kali Bermula..."- Ditidurkan Selepas 2 Hari Keluar Hospital, Isteri Ibnor Riza Cerita Detik Cemas

gempak
20/02/2023
02:48 MYT
Ditidurkan Selepas 2 Hari Keluar Hospital, Isteri Ibnor Riza Cerita Detik Cemas
Laman Utama

Sesak Nafas, Hampir Pitam... Ibnor Riza Kini Dirawat Di Hospital

gempak
15/01/2023
06:30 MYT
Doakan Ibnor Riza diberi kesembuhan...
Unitar