Berita
"Menyusahkan Aku..Buat Kerja Berborak!" - Zarina Anjoulie Naik Angin Dengan Pekerja Butik Gara-Gara...
Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang terhadap pekerja di salah sebuah butik yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor.
Menurut Zarina, pakaian yang diterimanya tidak seperti yang diminta selain alat penggera pada pakaian (alarm tag) tidak ditanggalkan oleh pekerja berkenaan.
"Aku sumpah angin gila dengan budak pekerja ni, kau beri aku satu sahaja, aku minta dua warna tu pun bodoh sebab pertama kali minta dah salah.
"Bila aku semak, aku tak sangka budak anj*ng tu bodoh sampai salah kali kedua, jadi aku anggap semuanya okay.
"Balik lepas dah hooray, buang resit segala baru aku sedar anj*ng ni beri aku satu helai sahaja lepas itu tag alarm bodoh ni ada lagi!," katanya yang menyedari hal tersebut selepas pulang ke rumah.
Menurut Zarina, hal tersebut menyukarkan dirinya apabila perlu berpatah balik dari rumahnya di Negeri Sembilan ke Shah Alam, Selangor.
"Dah lah jauh nak mari dari rumah aku ke Shah Alam ni, aku betul-betul marah.
"Aku sumpah rasa nak pergi sana maki hamun dia, aku ni dah lah banyak kerja, kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau m*ti siap kau kejap lagi!," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi video yang memaparkan keadaan seluar yang tidak boleh digunakan berikutan alarm tag yang masih ada.
"Sudahlah salah warna siap dengan tag lagi. Lain kali bila kerja, jangan cakap-cakap, borak-borak, menyusahkan aku!," katanya.
Menurut Zarina, keadaan menjadi lebih sukar apabila dia juga sudah tidak menyimpan lagi resit sebagai bukti pembelian.
Di ruangan komen, beberapa pengikutnya juga mengakui pernah menerima layanan yang teruk daripada butik yang sama.
"Butik yang paling teruk pernah saya pergi. Memang tak jejak situ dah
"Butik sana memang biadap sikit. Orang tanya sikit pun layan macam kita ini tiada duit," komen sebahagian netizen.
Must-Watch Video