Berita
Merdeka Untuk Pendakwah Bebas Sampaikan Mesej Di Mana Saja, Sukarelawan Kekalkan Keamaan
Pendakwah popular, Dr Taha Mohd Omar atau lebih dikenali sebagai Dr T berpeluang untuk berkongsi semangat kemerdekaan dengan menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Putrajaya, pagi tadi.
Jelasnya, beliau mahu membuktikan sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bukan tugas mudah untuk bersama 400 anggota lain dalam acara perbarisan tersebut.
"Pergerakkan perlu selaras dan serentak, dengan itu kita dapat pupuk rasa cinta pada negara apatah lagi tema Sayangi Malaysiaku, apabila saya sendiri berada di tengah perbarisan dan berjalan dari Presint 3, saya menjadi lebih bersemangat dan pengalaman itu mahal yang ingin dikongsi bersama orang lain," katanya kepada Astro Gempak.
Penyampai jemputan radio Zayan ini juga menyatakan beliau tidak mahu menjadi negarawan atau orang biasa yang menganggap 31 Ogos sebagai tarikh keramat tapi menjadi sebahagian daripada tarikh keramat tersebut dengan berjalan dalam perbarisan APM, memberi tabik pada Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara dan perkara itu dianggap sebagai sumbangannya.
Beliau yang aktif sejak tahun 2014 bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebelum menyertai APM pada awal tahun ini dan seterusnya diberi wartikah pelantikan pegawai sebagai Kapten Bersekutu pada Mac lalu.
"Pengertian merdeka sebagai pendakwah adalah bagaimana menyampaikan mesej-mesej positif di mana saja pada bila-bila masa menerusi pelbagai platform seperti TV, radio, surau, masjid dan konsert, semua ini tiada halangan walaupun sedikit daripada pihak kerajaan dan pihak berkuasa.
"Dari perspektif sukarelawan pula, saya inginkan keamanan dan mengekal keamanan bukan senang kerana memerlukan tenaga sukarelewan yang penuh dan banyak," katanya.
Bersama APM, Dr T mengakui dia belajar erti semangat kesukarelawan dengan mempelajari kursus asas seperti pertolongan cemas, CPR, kursus pemantapan seperti ilmu scuba driving, tangkap binatang berbisa dan 'accending and decending'.
"Saya memetik kata-kata dari sebuah hadis menyatakan manusia yang terbaik adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain.
"Jadi dengan adanya ilmu pertahanan awam ini, saya dapat memastikan saya, keluarga saya termasuk masyarakat di sekeliling kawasan saya sentiasa sihat," katanya.
Dr T memberitahu beliau terbabit dalam aktiviti sukarelawan ini juga sebagai membuktikan golongan seperti ustaz dan ilmuan Islam bukan saja mempunyai ilmu kitab tapi boleh menjadi seroang ahli paramedik, penyelam skuba, pakar dalam mengendalikan haiwan berbisa.
"Justeru, kita dapat memperjuangkan dan tidak ada orang boleh mempertikaikan apa yang kami perjuangkan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Dr T
Must-Watch Video