,
Laman Utama

“Mereka Bukanlah Anti-Vaksin Cuma Anti-COVID-19 Vaksin, Ada Bezanya”- Dr Sheikh Muszaphar

Mya Amri
19/10/2021
07:00 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor kurang bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Menteri berkenaan dengan golongan enggan menerima vaksin.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sheikh Muszaphar berpendapat adalah lebih baik sekiranya golongan ini diberikan penerangan sebaiknya kerana mereka berkemungkinan kurang peka dengan hal-hal berkaitan vaksin.
“Saya kurang bersetuju dengan cara approach Menteri. Pertamanya mereka bukanlah anti-vaxxers. Cuma anti-Covid19 Vaccine.
“Ada perbezaannya dan mereka juga kurang peka agaknya. Jumlah mereka begitu kecil hanya 5%. Ada sebab mengapa mereka bertindak demikian.
“Sebagai orang berilmu, kita harus approach mereka dengan ilmu juga. Lebih banyak bukti berasaskan saintifik diperlukan.
“Lebih banyak perbincangan diperlukan. Berjumpa, sapa dan cuba mendekati mereka. Jelaskan kepada mereka dengan cara yang rendah hati. Setiap orang mempunyai hak untuk memilih apa yang harus dilakukan dengan kehidupan mereka seperti yang mereka rasa sesuai.
“Tidak perlu menggunakan ancaman… Kita hidup di dunia yang bertamadun dan kita harus berkelakuan seperti itu. Sudah pastinya memerlukan pendekatan yang berbeza… Apa pendapat anda semua?
“Saya telah menlengkapkan dua dos saya. Tetapi saya faham mengapa ada yang menolak untuk diberi vaksin,” coretnya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin.
BACA: “Kita Bukan Buat Jenayah” - Mahu ‘Susahkan’ Kehidupan Anti-Vaksin, Zul Yahya & Rita Rudaini Tampil Bersuara!
Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.
Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.
Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.
“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan, Netizen Ucap Tahniah Pada Anak Gadis Dr Sheikh Muszaphar - “Semoga Terus Sukses”

gempak
17/12/2023
13:58 MYT
Wah tahniah Bella.
Laman Utama

[VIDEO] “Tak Mudah Hamil Usia 42 Tahun, Risiko Tinggi” - Dr Sheikh Muszaphar Harap Urusan Isteri Bersalin Dipermudahkan

gempak
29/12/2022
23:36 MYT
Semoga dipermudahkan semuanya.
Laman Utama

“Setiap Kali Dr Halina Hamil, Saya Akan Tambah Berat Badan, Gemuk Bersama” - Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar Support Isteri

gempak
09/12/2022
01:15 MYT
Best husband in the world.
Laman Utama

[VIDEO]: “Alhamdulillah” - Bakal Timang Baby Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Reaksi Anak, Siap Guna Lagu Tema World Cup BTS Jungkook

gempak
02/12/2022
06:47 MYT
Wah anak ketujuh dah ni, meriahnya family nanti. Love!
Laman Utama

“Kes Masih 20K, Anak-Anak Imuniti Rendah” - Dr Sheikh Muszaphar Cadang Buka Sekolah 2022, Ramai Yang Setuju

gempak
06/09/2021
04:09 MYT
Kes masih tinggi ramai takut nak hantar anak.
BorakSeeni