,
Laman Utama

“Mereka Pula Terpaksa Keluar Dari Rumah Sendiri”- Parents Positif COVID-19, Ezzaty Risaukan Anak Dalam Pantang

Syafiqah Jalal
28/02/2022
02:55 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah akui berasa serba salah apabila terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya di rumah ibu bapanya.
Menurut Ezzaty dia tidak tinggal di rumah barunya kerana sedang diubah suai.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. bersepah dan berhabuk. bising orang buat kerja lagi.
“Kasihan baby saya kalau berpantang di rumah. dengan tak ade dapur lagi. tak boleh masak,” katanya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Lebih berat lagi apabila kedua ibu bapanya disahkan positif Covid-19 dan terpaksa berpindah keluar untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah arwah neneknya.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif covid. Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas.
“Tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tiada orang di sana.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ada. Parents saya pula yang terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri,”luahnya.
Dalam masa yang sama, Ezzaty memberitahu dia amat bimbangkan keadaan serta kesihatan anak-anaknya terutama bayi yang baru berusia 2 minggu.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru 2 minggu.
“Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti Covid-19 ye. Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” pintanya.
Ezzaty yang baru melahirkan bayi kedua pada 11 Februari lalu mendirikan rumah tangga pada 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.