Laman Utama

“Mereka Tiada Keperluan PdPR &..” - Kesan Radiasi? Suhaimi Saad Ada Sebab Tak Beli Telefon Untuk Anak!

Hanafis Haris
15/05/2022
04:21 MYT

Penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil berkongsi tips dalam menjaga anaknya daripada terpengaruh dengan penggunaan gajet melampau.

Perkongsian itu dibuat Suhami menerusi satu posting di akaun TikToknya.

Menurut Suhaimi, buat ketika ini kesemua anak-anaknya tidak mempunyai keperluan untuk ke sekolah memandangkan mereka belajar secara ‘homeschooling’.

“Ramai tahu anak SS (Suhaimi Saad) tak ke sekolah dan mereka belajar secara homeschooling di rumah.

“Jadi mereka tiada keperluan sangat untuk PdPR atau untuk hubungi ibu ayah semua.

“Pergi mana-mana pun dan ibu ayah, jadi tak ada keperluan sangat.

“Tapi mereka boleh guna telefon ibu ayah dengan pantau semua kalau nak tengok YouTube or nak belajar,” katanya.

Jelasnya, dia juga sedar penggunaan gajet khususnya telefon pintar mempunyai beberapa kesan buruk.

“Kita tahu yang telefon ni ada kesan radiasi tak berapa elok untuk anak-anak.

“Kalau budak-budak tengok seronok TikTok, game, jadi minat untuk belajar tu kurang.

“Tapi InsyaAllah, bila sampai masa dan keperluan SS akan belikan,” katanya.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin pada pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dikecam Tak Tangisi Pemergiaan Suhaimi Saad, Ina Naim; “Lainlah Kalau Suami Meninggal Dalam Keadaan Mati Katak Atau Buat Maksiat…”

gempak
29/06/2024
02:55 MYT
Ketabahan isteri kepada Allahyarham penyanyi dan bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang tidak menitiskan air mata ketika pemergian arwah menarik perhatian netizen.
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

gempak
18/05/2024
15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Laman Utama

“Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

gempak
22/11/2023
09:55 MYT
Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah
Laman Utama

Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Mawi Doakan Ina Naim Tabah - "Alhamdulillah Kalau Ramai Bercerita Kebaikan Kita"

gempak
20/11/2023
14:50 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad.
Laman Utama

“Masa Arwah Hidup, Dia Pernah Cakap Nak Usianya Sampai 43 Tahun Sahaja” - Ina Naim Reda Pemergian Suami

gempak
15/11/2023
22:55 MYT
Ina Naim reda pemergian suami.