Berita
“Meremang Bulu Roma!”- Wah Idris Imbau Pengalaman Ketika Mencipta Lagu…
Komposer dan pencipta lagu terkenal, Datuk Wah Idris dedah lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ratu Rock Ella mempunyai aura yang tersendiri ketika ia dicipta 22 tahun yang lalu.
Menurut Wah Idris melodinya dicipta dengan sangat unik dan istimewa sehingga bulu romanya meremang saat ia dimainkan pada kali pertama.
“Siapa sangka lagu yang saya cipta 22 tahun yang lalu ini telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan diangkat ke luar negara.
“Mengimbau kenangan ketika mencipta lagu ini, ketika itu saya mula dengan mencipta melodinya daalam fikiran saya memang mahu bunyinya terdengar seperti internasional memangdangkan ia lagu untuk Sukan Komenwel ketika itu.
“Melodinya siap sahaja saya mainkan ia terus menusuk ke kalbu dan tiba-tiba bulu roma saya meremang. Saya terus merasakan lagu ini ‘sesuatu’,” katanya.
Wah berkata kepada Astro Gempak selepas diberikan penghormatan menerusi penganugerahan Brandlaureate - Kepimpinan Jenama Ikon Muzik Dunia di The BrandLaureate Damansara.
Pengiktirafan itu bagi menghargai sumbangannya dalam industri muzik tanah air menerusi penghasilan pelbagai lagu tema dan lagu asli yang memberikan impak positif.
“Anugerah ini akan memberikan satu suntikan kepada penggiat seni tanah air lain terutama golongan muda.
“Saya hara ia juga akan bagi satu semangat kepada pencipta lain supaya mempunyai satu azam bahawa lagu yang dicipta perlu mempunyai kriteria yang tinggi untuk di bawa ke peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Wah Idris juga merupakan pencipta lagu Kejam yang dinyanyikan oleh Siti Nordiana untuk runut bunyi filem Pusaka.
Must-Watch Video