Pelumba MotoGP Red Bull KTM Tech 3 dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada Ahad lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Red Bull KTM Tech 3 telah berkongsi gambar kejutan yang dilakukan kepada Hafizh.

"It’s not just his birthday but also Hafizh’s 100th Grand Prix today!," tulisnya ringkas.

It’s not just his birthday but also Hafizh’s ? th Grand Prix today! ?????? #HafizhGoes100 #KTM #Tech3 #MotoGP #HS55 #Bo55ku @MotoGP #Birthday #HappyBirthday #Tech3Family

A post shared by Red Bull KTM Tech3 (@redbullktmtech3) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata meninggalkan ucapan ulang tahun kelahiran Hafizh dan mendoakan kejayaannya dalam MotoGP.

Ada juga yang berharap agar Hafizh dapat memperbaiki mutu persembahannya dalam MotoGP memandangkan prestasinya pada musim ini kian menurun.

Pada tahun lalu, prestasi Hafizh bersama pasukan Yamaha Tech 3 tidak menghampakan, dengan menduduki tangga ke-16 daripada 28 pelumba serta dipisahkan hanya 4 mata untuk gelaran Rookie of The Year.

Sebelum ini, Hafizh selamat mendirikan rumah tangga dengan model, Noor Suzana Abdul Manaf pada 14 Disember 2017.