“Mesti Penganjur Bukan Golongan…” - Netizen Bandingkan Isu Kompaun RM20,000 Penganjur Sukan Lumba Dengan Perkahwinan….
Isu kompaun yang didakwa berat sebelah oleh pihak berkuasa nampak gayanya masih belum reda.
Kontroversi tersebut kembali tercetus apabila sebuah penganjur acara sukan permotoran telah didenda sebanyak RM20,000, baru-baru ini.
Penganjur tersebut didenda atas sebab melakukan aktiviti dengan kehadiran orang ramai sehingga sukar melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan.
“Aik tak ada kertas siasatan, terus saman RM20,000”
“Golongan kayangan semua tunggu nak buka kertas siasatan”
“Kes selebriti kahwin tu apa cerita, masih tak settle ke” tulis beberapa netizen.
"Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang yang ada dalam negara kita. Semua rakyat tidak kira siapa, VIP ke tak VIP ke.
"Semuanya tertakluk kepada undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang dan SOP, mereka akan dikenakan tindakan," katanya.