Berita

Mia Ahmad Rupanya Buat 'Girls Trip' Ke Makkah Sambut Birthday Dengan 2 Sahabat Baik, Tunai Umrah DIY Sama-Sama! Sweetnya Persahabatan!

gempak
ZULHILMI JALIL
12/02/2020
08:52 MYT
Sponsor Banner
Mia Ahmad Rupanya Buat 'Girls Trip' Ke Makkah Sambut Birthday Dengan 2 Sahabat Baik, Tunai Umrah DIY Sama-Sama! Sweetnya Persahabatan!
Pelakon Mia Ahmad mendedahkan bahawa pemergiannya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah baru-baru ini sebenarnya bersama dua orang sahabat baiknya yang turut berkongsi bulan kelahiran yang sama.
Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi berkata, pemergiannya ke Makkah itu secara tidak langsung merupakan 'girls trip' mereka yang dirancang untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran bersama-sama.
"Bila kita nak berubah ke arah kebaikan Allah akan hadirkan kita dengan teman yang sama-sama nak berubah ke arah itu. Alhamdulillah umrah kami bertiga dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
"Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama, saya dan @hawaahmad pada 22 Februari, @raihanrahim pada 21 Februari, jadi kamu membuat keputusan untuk menyambut ulang tahun kelahiran di Makkah dan Madinah selain mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.
"Saya tak pernah terbayang yang pada usia 30-an, saya akan ada girls trip untuk mengerjakan umrah," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bila kita nak berubah ke arah kebaikan Allah akan hadirkan kita dengan teman yang sama-sama nak berubah ke arah itu. Alhamdulillah umrah kami bertiga dipermudahkan oleh Allah S.W.T . We shared the same birthday month, me and @hawaahmad on feb 22nd, @raihanarahim is on feb 21st so we decided to celebrate our birthday in Mecca and Madinah and performing umrah together. I never would have imagined that at the age of 30s I would go a girls trip to perform umrah. Kitorang buat umrah DIY and amik mutawif kat sana, tak lama pun just 1 week tapi memang packed. Dkt sana apa yang difikirkan cuma ibadah sahaja ya Allah tenang nya, bangun tidur fikir nak pergi masjid nak tidur fikir esok nak bangun ke masjid jam berapa, baru sedar bila blk Malaysia kita lebih utamakan duniawi yang sementara ini. Emo pula. Doakan kami terus istiqamah ya? . . Thank you An & Hawa for this trip, tolong mommy kat sana takut kena pijak dengan jemaah lain ? yang penting #wesurvived and #akubukancoolie ???? pak arab sana kalau minta tlg diorg tak berapa nak tolong ye sebab tu la terciptanya #akubukancoolie ni , hahah. tapi takpe tu cuma dugaan kecil je utk kitorg yang penting dari pergi sampai blk Allah permudahkan semuanya . . Alhamdulillah.. Terima Kasih atas jemputanmu kali ini ya Allah! semoga kami, keluarga kami, teman-teman dan followers kami juga dijemput oleh-Mu. P/S : yang mana DM mia minta bacakan doa tu mia dah bacakan tapi tak semua sbb terlalu banyak so Mia doakan secara general aja kat sana haritu. ? . #wesurvived #umrahtrip2020 #febbabies . . . ? : @v_hijrah , @zuzasdotes
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
Menurut Mia lagi, lebih menarik, ibadah umrah yang dilaksanakan di sana dibuat secara sendiri tanpa mengikut sebarang pakej yang lazim digunakan untuk jemaah dari negara ini.
"Kami buat umrah DIY (lakukan secara sendiri) dan amik mutawif di sana. Tak lama pun cuma satu minggu tapi memang padat. Terima kasih An dan Hawa untuk trip ini, tolong mommy di sana takut kena pijak dengan jemaah lain.
"Yang penting #wesurvived dan #akubukancoolie . Pak Arab sana kalau minta tolong diorang tak berapa nak tolong ye sebab tu la terciptanya #akubukancoolie ni..haha. Tapi tak apa, itu cuma dugaan kecil je untuk kami yang penting dari pergi sampai balik Allah permudahkan semuanya," ceritanya.
Pada masa sama, pelakon Jejak Karmila itu memberitahu, ketika di sana, dirinya betul-betul berasa tenang kerana tidak perlu memikirkan soal duniawi.
"Di sana apa yang difikirkan cuma ibadah sahaja, ya Allah tenangnya. Bangun tidur fikir nak pergi masjid nak tidur fikir esok nak bangun ke masjid jam berapa.
"Baru sedar bila balik Malaysia kita lebih utamakan duniawi yang sementara ini. Emo pula. Doakan kami terus istiqamah ya," kongsinya.
Sebelum ini, Mia yang kini sedang berbadan dua dilaporkan berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah pada 4 Februari lalu tanpa ditemani suami.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live