Mia Ahmad Selamat Sambut Bayi Ke-3, Lahir 4 Hari Selepas Sambut Anniversary
Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang kira kira jam 1:25 pagi Selasa.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada aktres itu yang juga seorang penjaga gol kebangsaan, Izham Tarmizi menerusi satu kemaskini di Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl, anak ketiga kami pada 1:25 pagi tadi (Selasa).
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya, semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya juga,” tulisnya pada kapsyen.
Pada hantaran sama, Izham turut berkongsi sekeping gambar dia sedang memangku bayi berkenaan buat tontonan umum.
Bertambah manis lagi, bayi tersebut lahir empat hari selepas pasangan berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke enam pada 13 Januari lalu.
Menjengah ke ruangan balas, ramai dalam kalangan selebriti dan rakan bola sepak Izham yang menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.
@eykafarhana: “Congratulations ayah Tarmizi dan kak Mia Ahmad”
@ariifaiman42: “Alhamdulillah tahniah ayah ji (Tarmizi)”
@syafiq_ahmad20: “Alhamdulillah tahniah Izham dan Mia”
Untuk info, Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Issa, 5, dan Iris 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.