,
Laman Utama

Michael Ang Tak Kisah Disamakan Dengan Aliff Syukri - "Saya Tak Keluar Duit Sendiri Buat Lagu!"

Asraf Aided
06/01/2022
11:34 MYT
Semalam, industri hiburan tempatan digemparkan dengan pelancaran single terbaru nyanyian pengarah popular Michael Ang berjudul Cinta Atau Propa.
Namun di sebalik video muzik tular berkenaan, ramai yang tidak tahu kisah sebenar ketika Michael menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tersebut.
Menurutnya, tahun lalu ketika ditawarkan, dia sedang mengalami depresi dan terus berkata ya kepada pihak Indigital Music kerana mahu cuba sesuatu yang baru.
"Sebenarnya, ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu ini tahun lepas, saya mengalami depresi. Saya tertekan sebab alami masalah dengan orang yang saya sayang, tapi tikam saya dari belakang. Kemudian diikuti pula dengan masalah kerja yang sememangnya mencabar.
"Saya sedang stress dan terus berkata ya kepada pihak Indigital Music, lagipun sebelum ini banyak dah saya lakukan seperti mengarah, berlakon, mengacara dan macam-macam, dalam hidup ini kita kena sentiasa mencuba.
"Selain menyanyi, saya mahu cuba menulis lagu pula suatu hari nanti, itulah yang masih belum saya lakukan setakat ini," katanya.
Michael berkata demikian dalam sidang media virtual sempena pelancaran single pertama nyanyiannya, Cinta Atau Propa pada Khamis.
Bagaimanapun, selepas menyedari dirinya tertekan, Michael telah berjumpa dengan pakar kesihatan mental untuk meminta nasihat dan pertolongan.
"Saya tak pernah alami depresi, apabila jadi saya rasa sesuatu yang tak kena dan ada berjumpa dengan psikiatri ketika itu," jelasnya.
Mengulas tentang komen usahawan sensasi Datuk Seri Vida di Instagram yang seakan mempersoal tindakannya untuk menjadi penyanyi, Michael hanya menyifatkan perkara itu sebagai satu jenaka.
"Saya anggap dia melawak, pengasas produk seperti mereka berniaga, tak salah pun untuk mereka menyanyi," katanya kepada Gempak.
BACA: "Tiber Nak Jadi Penyanyi, Semua Benda Nak Charas" - DSV Perli Michael Ang Sibuk Nak Jadi Penyanyi?
Dalam pada itu, Michael juga bersikap terbuka sekiranya orang ramai mengkritik percubaan pertamanya sebagai penyanyi itu.
Malah, dia juga tidak kisah jika ada pihak cuba menyamakan dirinya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah tampil dengan beberapa lagu sebelum ini.
"Orang ada hak untuk kritik, saya tak ambil pusing sebab media sosial bukanlah kehidupan sebenar.
"Sesiapa sahaja boleh menyanyi, ada duit boleh lah menyanyi, tapi saya tak keluar duit sendiri, saya ditawarkan untuk menyanyi.
"Kalau orang nak samakan saya dengan Aliff Syukri pun saya okay saja, saya rasa saya menyanyi tak sumbang, kalau saya rasa lagu tu busuk, saya memang tak bagi keluar!" ujarnya lagi.
Video muzik Cinta Atau Propa yang ditulis dan digubah oleh Killa Driz itu telah menerima 19,000 tontonan di saluran YouTube Indigital Music, ketika artikel ini ditulis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

gempak
13/11/2024
06:55 MYT
Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
Hiburan

Mahu Kerjaya Kiki Fateha Berterusan Dalam Industri Muzik, Aepul Roza Bakal Hadiahkan Lagu Duet - “Saya Mahu Hubungan Bersama Kiki Akan…”

gempak
10/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu duet bersama juara The Chosen One 2024 iaitu Kiki Fateha.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Charly Setia Band Pernah Simpan Hasrat Mahu Duet Bersama Allahyarham Saleem - “Di Malaysia Tiada Lagi Seperti Dia…”

gempak
07/11/2024
05:55 MYT
Vokalis Setia Band, Charly mendedahkan dia pernah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dan berduet dengan Saleem Iklim (Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed) namun tidak kesampaian.
Unitar