ANTARABANGSA
Michael Knight Mahu Jual K.I.T.T, Harga Dijangka Mencecah RM1.2 Juta
Tahukah anda, tahun 1980-an ada kereta yang boleh interaksi dengan pemandu, menumpaskan penjahat, ada pelbagai senjata dan boleh melompat?
Kereta berwarna hitam itu ialah Knight Industries Two Thousand atau singkatannya K.I.T.T. Itu kehebatan K.I.T.T yang dipandu Michael Knight (lakonan David Hasselhoff) dalam siri drama Knight Rider.

Kini, dia mahu menjual K.I.T.T kepada mereka yang betul-betul berminat dan ada 192 pembida sedang memerhati proses bidaan setakat ini.
Berdasarkan butiran jualan, K.I.T.T berasal dari model Pontiac Firebird Trans Am tahun 1982. Apapun, kereta ini tiada senjata, tidak boleh bercakap dengan anda atau melompat tinggi di udara. Itu cuma aksi dalam drama semata-mata.

Seperti dijangka, K.I.T.T memang ada peminat ramai dan menyaksikan harga bidaan sudah mencapai AS$925,000 (RM3.7 juta)! Jangan bimbang, bidaan ini akan berakhir pada 23 Januari. Jika berminat, anda masih berpeluang membelinya.

Cumanya, kereta ini ada United Kingdom dan agak mustahil Hasselhoff memandunya ke Malaysia untuk proses serahan. Anda perlu tanggung kos penghantaran. Jika mahu bida, sila ke laman web liveauctioneers.com.
Must-Watch Video