Pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Mierul Aiman berkongsi ciri-cori wanita idamanya ketika menjadi tetamu di segmen 3 Pagi Era bersama penyampai radio Nabil Ahmad, Radin dan Azad.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok Era, Mierul memberitahu selain saling memahami, dia lebih tertarik dengan wanita berkulit kuning langsat dan mempunyai darah kacukan.

“Dia kuning langsat la… dia ada mix la sebenarnya. Kalau ada mix sikit ini macam ada rencah sikit la,” kata Mierul yang menjawab pertanyaan daripada tiga penyampai radio tersebut.

Malah, Mierul juga seakan-akan memberi bayangan pelakon Anna Jobling mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkan selepas Azad memetik nama aktres itu.

“Boleh dikategorikan juga la,” balasnya.

Rata-rata netizen mula berharap agar mana-mana penerbit drama atau filem untuk mengandingkan Mierul dan Anna dalam sebuah karya.

Selain itu, terdapat segelintir netizen terutama wanita yang turut menawarkan diri dengan mengatakan mereka mempunyai kulit berwarna kuning langsat seperti yang diidamkan aktor itu.

BACA SINI: “Saya Terpaksa Extend Satu Semester” - Mierul Aiman Ada Impian Lain Ingin Dicapai