Pelakon komedi ditahan selepas pihak polis menemui ganja seberat 7.50 gram dan alat untuk menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati, Gombak, semalam.
Dalam serbuan pada 1 tengah hari, polis turut menemui alat untuk mengisar daun ganja.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, tangkapan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju berdasarkan maklumat.
“Sepasukan lima anggota pergi ke sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat yang diterima dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.
“Lelaki itu kemudian mengambil sendiri satu beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 7.50 gram," katanya.
Katanya, turut ditemui dalam beg berkenaan, satu alat pengisar disyaki untuk mengisar ganja.
“Turut dirampas satu botol plastik yang diubah suai disyaki peralatan menghisap dadah jenis ganja.
"Berdasarkan siasatan awal lelaki berusia 26 tahun berkenaan mengaku mengambil bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.
“Pelakon berasal dari Perak itu juga mengaku mengambil dadah sejak enam bulan lalu.
"Keputusan saringan ujian air kencing belum diperolehi dan lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Sumber: Harian Metro
Rozaimi Zubaidi
Thu Feb 22 2018
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per