,
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

Firdaus
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.

“Kasih saya terhadap awak akan kekal selamanya walaupun takdir kita adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan

Dalam entri yang dibuat oleh Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, aktres jelita itu dapat dilihat menzahirkan rasa kasihnya terhadap Syafiq menerusi ruangan kapsyen.
“Masa berlalu dengan pantas tetapi awak sentiasa menjadi seseorang yang saya sentiasa kagumi tidak kira di waktu susah mahupun senang.
“Kasih saya terhadap awak akan kekal selamanya walaupun takdir kita adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Selamat hari lahir Bintang dan ‘kembar’ku buat selama-lamanya,” tulis Mimi.

Ramai Warganet Tersentuh

Posting tersebut membuatkan ramai warganet tersentuh melihat kepada ucapan yang ditujukan Mimi kepada Syafiq.

BERITA TRENDING: Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”

Dalam pada itu, rakan artis juga tidak melepaskan peluang memberi ucapan selamat hari lahir kepada aktor filem The Experts tersebut.

​BERITA TRENDING:Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

Sekadar info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sebelum ini pernah membatalkan niat mereka untuk mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.

​BERITA TRENDING: Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

Walaupun hajat untuk ke jenjang pelamin tidak kesampaian, kedua-dua selebriti itu tidak menafikan bahawa mereka masih bersahabat baik dan selesa antara satu sama lain.

​BERITA TRENDING:Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”

Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Viral

Baru Sehari Kerja Butik, Alice Chang Resign Sendiri Sebab Gaji Tak Setimpal - "Populariti Saya Semakin Meningkat"

gempak
22/10/2024
11:55 MYT
Wanita yang sering mencetuskan kontroversi, Alice Chang, sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial setelah menerima pekerjaan baru di sebuah kedai pakaian tradisional India.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”

gempak
22/10/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menjadi perhatian selepas berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menimba ilmu dengan pempengaruh kontroversi, Andika Putera.
BorakSeeni