,
Laman Utama

Min Yasmin Tolak Tawaran Jet Peribadi Ke Filipina, Hormat SOP Negara Sendiri - "Nanti Orang Soal Pergi Sana Ikut Jalan Mana?"

Amri Hassan
12/01/2022
02:55 MYT
Duduk dalam legasi tersendiri, penyanyi Min Yasmin terus utuh melakar nama di negara Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Perjuangan dalam dunia seninya terus dihargai peminat dari negara tersebut. Menurut Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, penghargaan itu antara momen terindah sepanjang bergelar anak seni.
"Saya selalu cakap pada suami, momen dihargai di sana memang betul-betul lain, berbeza. Ia sangat berharga, mungkin saya sendiri tidak dapat merasai situasi sedemikian di tempat lain setakat ini.
"Misalnya ketika baru sahaja mendarat di lapangan terbang, mereka sudah setia menanti. Siap dengan sepanduk yang besar. Sanggup ‘print’ poster dan sebagainya. Malah saya pernah diiringi kawalan tentera.
"Ada wakil media tempatan sebelum ini yang pernah datang menonton persembahan saya di sana tahu akan situasi itu. Mana-mana bergerak, akan ada yang kawal. Boleh lihat dalam muzik video lagu Belum Lelah Setia. Itu hanya kunjungan saya melawat pulau-pulau sekitar. Awalnya memang tak rancang untuk dilakukan muzik video.
"Kalau ada kawalan, biasanya dalam 15 hingga 20 tentera yang kawal jika ia melibatkan kawasan pulau, dengan pihak marin lagi. Memang mereka kawal betul-betul," ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Min memberitahu dirinya pernah ditawarkan untuk menaiki jet peribadi yang dihantar khusus untuk menerbangkannya ke Filipina sekitar Disember lalu.
"Jujurnya kebelakangan ini saya sudah ada terima beberapa undangan nyanyian di sana. Malah akhir tahun lalu, ada pihak yang sudi ambil saya di Sabah dengan jet peribadi untuk satu persembahan makan malam.
"Saya rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan saya tak nak bila saya ke sana, upload video dan orang tag saya di media sosial nanti orang pertikai Min Yasmin boleh pergi ikut jalan mana?
"Jadi, saya tak nak, walaupun diakui akan dapat duit, glamor dan sebagainya," tambahnya.
Biarpun tidak pernah meletakkan nilai bayaran yang dikenakan untuk setiap kali muncul membuat persembahan di Filipina, Min akui sehingga kini masih berpuas hati.
"Tidak dinafikan, industri muzik di sana adalah bisnes yang besar. Namun selama saya terima jemputan untuk membuat persembahan di Filipina, saya tidak pernah sebut harga.
"Selalunya penganjur akan kongsi berapa bajet mereka terlebih dulu. Ada sebahagian bayaran persembahan diterima dalam US Dollar dan ada juga dalam nilai Peso," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Min yang kini muncul dengan album berjudul Min Yasmin: World On A String bakal mengadakan konsert Min Yasmin Live In Sandakan pada 11 dan 13 Mac depan di dua lokasi berbeza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar