Gelagat bintang Muzikal Lawak Superstar(MLS), Azmi Caliph Buskers sentiasa membuatkan peminat ternanti-nanti.

Tidak menjadikan kekurangannya sebagai alasan, Azmi sentiasa memberikan kelainan dalam persembahannya bersama kumpulan HEART.

Jika sebelum ini Azmi pernah membawa motosikal, melompat di atas katil dan juga ‘berenang’ di hadapan juri, minggu keenam lain pula ceritanya.

Hos MLS Nabil Ahmad pula yang menjadi sasaran Azmi sebagai ‘prop’ untuk persembahannya pada minit-minit terakhir.

Tanpa ragu-ragu Azmi telah mengangkat Nabil yang sedang berdiri disebelahnya dan melakukan beberapa pusingan.

Nabil yang terkejut dengan tindakan spontan Azmi itu ternyata tidak dapat menyembunyikan wajah cemasnya sebelum dicampak ke atas pentas.

Bukan sahaja Nabil, malah dua lagi anggota kumpulan HEART iaitu Ezad Lazim dan Danial Zaini juga seakan-akan terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, kejadian itu mengundang tawa peminat yang hadir selepas melihat Nabil berdiri dan mengusap-usap bahagian punggungnya sambil memberikan komen lucu.

Di sini Gempak kongsikan gelagat HEART di MLS minggu keenam:











Terdahulu, HEART menduduki tempat keempat dengan peratusan markah sebanyak 38.50%.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.