Skip to main content

Viral

“Minta Bantuan Staf Di…” - Jawapan RapidKL Buat Netizen Bengang! OKU Terpaksa Naik Tangga, Lif & Escalator Rosak?

rapidfe_1.jpg

Isu mengenai kemudahan awam yang rosak bukanlah satu hal yang baharu. Sudah banyak kali didebatkan, banyak kemudahan awam dilihat masih dalam keadaan kurang memuaskan.

Terkini, isu mengenai lif LRT Stesen Ampang Park yang rosak menjadi sorotan netizen apabila seorang individu kurang upaya (OKU) yang menggunakan tongkat bahu dilihat terpaksa menggunakan tangga untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

Situasi tersebut dirakam oleh seorang netizen dan dimuat naik ke laman sosial Twitter.

“Escalator dan lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU ni kena panjat tangga,” katanya sambil meletakkan tag @MyRapidKL.

Kemudian, pihak RapidKL membalas pertanyaan pengguna Twitter berkenaan.
 

Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu.

Must-Watch Video

Advertisement