Berita

Minta Restu Kahwin Lelaki Korea, Ini Jawapan Ibu Sarah Suhairi

gempak
Syafiqah Jalal
19/12/2019
10:57 MYT
Sponsor Banner
Minta Restu Kahwin Lelaki Korea, Ini Jawapan Ibu Sarah Suhairi
Ibu kepada Sarah Suhairi terkejut apabila penyanyi itu meminta kebenaran dan restu untuk berkahwin dengan lelaki Korea.
Sarah, 19, telah memuat naik rakaman video sedang bercakap mengenai perkara tersebut dengan ibunya menerusi panggilan telefon di akaun sosial Instagram (IG), dua hari lalu.
Gelagat Sarah menarik perhatian pengikut IG, kerana cubaan juara Big Stage musim pertama itu menyakat ibunya hampir berjaya.
Tambahan lagi apabila si ibu mula mempercayai kata-kata Sarah sehinggalah diberitahu panggilan telefon tersebut hanyalah sekadar ‘prank’ untuk program Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan.
‘Sporting je mak dia’, ‘lawaklah’ dan ‘selamba je ibu’ antara komen yang ditulis peminatnya.
Sarah mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu saduran tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman.
Kemunculan sulungnya dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul Pedih hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024