Laman Utama
Minta Tuntutan Kurang RM1 Juta Kepada Syamsul, Puteri Sarah Dah Bincang Dengan Mentua - "Mereka Kata Sedikit"
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat merasakan tuntutan yang dibuat terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof untuk proses perceraian mereka, tidak keterlaluan.
Malah, kata Puteri Sarah, 38, dia juga sudah berbincang dengan ibu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berkenaan tuntutan yang dimaklumkan tidak lebih dari RM1 juta.
“Sebenarnya soal tuntutan ini, saya sudah berbincang dengan Datuk (Datuk Yusof Haslam) dan Datin (Datin Patimah Ismail) dan mereka juga mengatakan tuntutan itu sedikit. Jadi okey sahaja, tiada masalah.
“Saya kalau apa-apa saya akan berbincang dengan ibu dan bapa mentua saya serta ibu dan bapa saya. Mereka semua bersetuju, mereka pun kata ia hanya sedikit.
“Saya pun tak mahu minta lebih-lebih, jadi saya minta apa yang saya rasakan munasabah. Tidaklah lebih-lebih. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya secara ansuran,” katanya kepada Astro Gempak.
Puteri Sarah yang ditemui selepas perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Selasa
Menurut Puteri Sarah terhadahulu, Syamsul sendiri yelah berjanji untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka Syaikul Islam dan Summayah.
“Syamsul sendiri pernah mengatakan kalau ada rezeki, dia nak bagi rumah, sebab rumah itu mestilah dia kena bagi untuk saya dan anak-anak tapi itu pun tiba-tiba dia tak mahu bagi.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau nak pergi kepada yang kedua (isteri kedua), pergilah, tapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah menyuarakan dia tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.
Ibu kepada dua anak itu juga berkata dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding semalam, akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkmah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Must-Watch Video