Laman Utama

Mira Filzah, Erra Fazira, Diana Danielle, Amelia Henderson Antara 10 Selebriti Berpengaruh Sebagai RR Muses Royalties

gempak
Asyikin Mayudin
09/04/2023
11:55 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah, Erra Fazira, Diana Danielle, Amelia Henderson Antara 10 Selebriti Berpengaruh Sebagai RR Muses Royalties
Ada satu perasaan luar biasa apabila menyarungkan baju raya daripada jenama Rizman Ruzaini disebabkan aura pereka fesyen terkenal tanah air yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah, rekaannya juga sentiasa menjadi pilihan utama wanita Malaysia apabila mencari baju raya yang stylish dan berkualiti premium tapi pada harga mampu milik.
Koleksi RR Raya 2023 kali ini mencipta fenomena merentasi kebiasaan apabila menampilkan 10 selebriti berpengaruh tanah air sebagai RR Muses Royalties.
RR Printed Kurung Tampil 10 Muses
Apabila ditanya mengapa memilih selebriti ini daripada generasi berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata pemilihan muses mewakli setiap pelanggan.
“Rizman Ruzaini mempunyai latar pelanggan yang pelbagai daripada segi umur mahupun gaya hidup. Sejajar dengan itu, muses yang dipilih mestilah dapat mewakili setiap pelanggan kami ini, tidak memfokuskan hanya pada satu kumpulan sahaja.
“Sebab itu kalau dilihat kita ada selebriti senior dan baru dalam kempen ini. Setiap mereka memberi impak berbeza tetapi pada satu objektif yang sama mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’,” katanya.
Potongan koleksi RR Kurung Printed yang ditampilkan adalah inspirasi daripada Kurung Pahang dan Kurung Kedah. Istimewanya, setiap selebriti mempunyai lebih daripada satu siri rekaan.
Sebagai contoh, Mira Filzah mempunyai empat rekaan iaitu RR Mira in Black Gold, RR Mira in Black Silver, Mira in Maroon dan Mira in Cream.
Walaupun koleksi ini menampilkan selebriti sebagai wakilan helaian, tetapi rekaannya praktikal dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa.
Dalam potongan tradisi dengan suntikan lebih segar dan moden selain setiap helaian RR Kurung Printed dijual pada harga RM399 dengan sediaan saiz daripada XS hingga XXXL.
RR Basic Kurung Dengan 28 Pilihan Warna
Selain RR Printed Kurung yang menampilkan 10 muses, koleksi RR Raya 2023 juga, turut melancarkan RR Basic Kurung yang menyediakan 28 pilihan warna.
Persalinan Kurung Pahang ini direka polos, hanya menumpukan pada mainan warna-warna mewah sebagai tarikan utamanya.
Menggunakan material Poly Garbedine, baju kurung ini selesa untuk digayakan sepanjang hari dan memberikan jatuhan kain yang sangat cantik.
Koleksi ini dicipta sebagai memenuhi kehendak dan memudahkan wanita Malaysia yang mahu bergaya sedondon bersama si dia, keluarga atau kawan-kawan dengan semua pilihan warna yang tersedia.
Ia juga helaian yang mudah untuk disuaipadankan dengan apa jua aksesori sebagai pelengkap gaya. Dijual pada harga RM299 dari saiz XS hingga XXXL.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live