Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa terharunya apabila mendapat kerjasama daripada syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines Berhad, dalam misi bantuannya ke Sabah.

Berkongsi rasa di Instagram dan Facebook miliknya, Ustaz Ebit Lew nyata berterima kasih kepada MAB yang turut memberikan harga istimewa buat dirinya dan 18 orang dalam pasukannya.

"Pohon doakan ya. Perjalanan misi bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna. Misi kami selama 10 hari di Sabah.

"Terharu sangat 18 orang team kami dapat harga khas. Lagi terharu CEO Mas Airlines Kapten Izham dan team tunggu dari Subuh lagi. Siap layan saya dan hantar sampai kerusi. Malu rasa. Terima kasih Malaysia Airlines.

"Kami ada berbincang untuk misi lain-lain. MAS Airlines akan bersama dalam misi bantuan lain-lain. Mereka benar-benar terkesan covid 19. Tapi syukur sehingga kini mereka kekalkan semua kru. Bergenang air mata CEO berbual tadi. Katanya semua ini ujian Allah. Kasih sayang Allah," tulis Ebit lagi.

Dalam satu lagi entri sehari sebelumnya, Ustaz Ebit turut berkongsi penghantaran barangan ke Sabah yang telah dibuat lebih awal.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Antara barangan bantuan yang dihantar adalah 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 keping penutup hidung dan mulut, serta 200 tab untuk kegunaan pelajar-pelajar di sana.