Laman Utama

Misteri Alam Pak Din Bakal Berakhir Malam Ini, Ada Kejutan Buat Penduduk Kampong Pisang!

Azwa Rahman
01/03/2021
06:56 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod ke-13 berjudul Alam Pak Din (bahagian akhir) pada malam ini.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan pelakon jemputan Nasir Jani dan Faizal Chal sebagai makhluk asing yang menaiki UFO dan singgah di Kampong Pisang.
Selain itu, pelakon Imuda juga turut membuat kemunculan istimewa sebagai Zali Zan Ziba, ketua gangster yang pura-pura garang tetapi sayang terhadap kuncu-kuncunya.
Episod lalu, penduduk meraikan tiga penduduk Kampong Pisang iaitu Barkoba yang menjadi gagah, Wani si pintar dan Pak Karim berlari pantas.
Rupa-rupanya, kejadian tersebut adalah sebahagian eksperimen yang dilakukan oleh alien terbabit untuk melihat sama ada manusia masih berbuat baik jika diberikan kuasa.
Apa pula kaitan alien tersebut dengan gangster yang datang menyerang Kampong Pisang?
Barkoba menjadi gagah, Wani menjadi pintar dan Pak Karim berlari pantas. Orang kampung hairan bagaimana Barkoba menjadi kuat. Ini kerana Alien telah memberi kuasa pada sebahagian penduduk Kg. Pisang. Macam-macam kejadian pelik yang berlaku.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...