Skip to main content

Rancangan Realiti

MLM2019: Bila Ramai Yang Kata Smart Patut Tersingkir Lebih Awal, Ini Jawapan Mereka

smart-tersingkir.jpg
Kumpulan Smart yang tersingkir pada minggu keenam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 Jumaat lalu, tidak mempedulikan komen-komen negatif netizen terhadap mereka.

Am ketika dihubungi Gempak berkata, mereka tidak mengambil hati dengan komen-komen tersebut kerana itu bukan pertama kali Smart dikecam netizen.

“Kami setiap kali habis persembahan memang akan baca komen di sosial media. Komen yang nak Smart tersingkir awal tu bukan perkara baru.

“Komen macam tu tidak memberi kesan pun kepada kami, sebaliknya menaikkan lagi semangat kami untuk terus membuat persembahan.

“Buktinya, kami budak baru belajar dari pusingan Hot Seat berjaya bertahan sehingga minggu keena, itu satu pencapaian terbaik buat kami,” katanya.

Tambah Am lagi, buruk atau baik komen yang diberikan itu adat dalam pertandingan kerana masing-masing mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.

“Biasalah komen baik atau buruk kerana mana-mana kumpulan pun mesti ada haters dan penyokong setia mereka, begitu juga dengan Smart.

“Jadi mungkin orang yang komen Smart tak bagus atau patut tersingkir awal tu bukan penyokong kami tak nak tengok kami berada atas pentas.

“Atau mungkin mereka rasa Smart ini kumpulan baru yang menggugat peserta kegemaran mereka terutama dari segi undian.

“Undian online Oppo Punchline Machine yang tinggi Smart dapat selama empat minggu ini pun ada yang pertikai dan rasa tak patut.

“Tapi itulah dinamakan rezeki tak sepatutnya menjadi pertikaian. Kami pun terima apa yang sudah tertulis untuk Smart, yang rezeki kami terhenti sampai di sini,” katanya positif.

Walaupun tersingkir Smart tetap mengungguli undian online Oppo Punchline Machine empat kali berturut-turut.

Minggu keenam bertemakan Muzikal minggu lalu menyaksikan Smart berada di bottom four dengan peratusan markah sebanyak 31.70%, bersama Rahmet 41.52%, Stone 41.68% dan Puteh 46.35%.

Jangan lupa saksikan minggu ketujuh MLM 2019 bertemakan Moral bersama lapan lagi peserta iaitu Zero, Rojak, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement