MAHARAJA LAWAK MEGA 2019
MLM2019: Senarai Markah Penuh Minggu Kelima, Tempat Pertama Milik RARE
Minggu kelima Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang bertemakan kerjaya menyaksikan hanya Sembilan bintang berjaya mara ke minggu seterusnya, Jumaat depan.
Jumaat lalu menyaksikan kumpulan RARE menduduki tempat pertama dengan peratusan markah sebanyak 60.91%.
Bukan itu sahaja, RARE juga membawa pulang anugerah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ di mana anugerah ini merupakan penilaian 100 peratus juri professional sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500!
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan JAMBUS yang dianggotai oleh Tauke dan Tapai apabila mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan jumlah peratusan markah sebanyak 39.79%.
Kesemua bintang diadili 70% daripada juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Najib Ali, Lisa Surihani dan Inul Daratista manakala 30% lagi adalah undian.
Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh 10 bintang mengikut susunan paling tinggi.
1.RARE – 60.91%
2.BOCEY – 58.12%
3.JBORN – 57.82%
4.SMART – 52.89%
5.ZERO – 51.83%
6.STONE – 47.10%
7.PUTEH – 46.39%
8.ROJAK – 45.90%
9.RAHMET – 42.75%
10.JAMBUS – 39.79%
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Must-Watch Video