Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini tampil memberi penjelasan mengenai komedi impersonation atau meniru gaya.
Umum mengetahui Danial memperjuangkan cabang komedi sejak menyertai pertandingan Lawak Solo sehingga bergelar juara program tersebut pada tahun 2016.
Menuut Danial ramai yang bertanya dan menghantar mesej peribadi kepadanya mengenai beberapa individu yang telah ditiru.
Ada juga yang turut mempertikaikan mengapa Danial yang juga anggota kumpulan Tiro dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 tidak memohon maaf kepada individu terlibat (yang ditiru gaya).
“Impersonation saya tidak menjurus directly pada individu karakter tersebut . Saya tidak beritahu penonton nama siapa yang saya tiru, biar penonton yang meneka dengan sudut suara, body language mahupun face expression.
“Itulah impersonation. Saya tidak menjadi karakter itu sebagai karekter itu. Saya menjadi karakter yang di impersonate dalam konteks dunia cerita yang lain. Senang cite multiverse yang lain.
“Sebagai orang yang perjuangkan cabang komedi ini, saya sentiasa menjaga rules dan regulation dalam impersonation.
“Saya tidak akan menyentuh isu yang directly menjurus ke arah personal karakter yang saya tiru. Sebab itu bila saya nak melakukan impersonation di atas pentas saya tidak directly mention siapa yang saya buat, jika penonton tahu siapa maka impersonasi saya berjaya,” katanya.
Tambah Danial lagi untuk membawa komedi impersonation ini, dia mengambil masa untuk menguasainya dan membuat kajian terlebih dahulu.
“Pablo Picasso pernah berkata “learn the rule like pro, so you can break them like an artist…” Impersonation adalah satu cabang dalam subjek komedi.
“Bertahun saya belajar dan juangkan cabang ini untuk diterima. Kalau di Hollywood impersonasi sangat banyak macam El Moreno Michael, Rich Little ,Jordan peele .
“Ramai tanya macam mana saya buat tiru gaya semua tu. Basically saya akan study karakter yang akan diimpersonate tu dari sudut suara, intonasi, body language atau face expression pada karakter tu.
“Normally akan ambil masa berhari-hari untuk saya study dari video dan research atau face to face dengan orang tersebut.
“Impersonasi di atas pentas komedi bertujuan hanyalah untuk memberi komedi buat semua penonton dan apresiasi buat individu yang di tiru.
“Saya tidak akan menjurus impersonasi saya ke arah sudut yang konteksnya negatif. Akhir kata, apa sahaja yang dilakukan di pentas komedi cuma satu tujuan…Iaitu memberi hiburan buat semua. Tidak lebih dari itu,” katanya.
Dalam pada itu, Danial berkata sehingga hari ini dia masih belajar untuk mengusai cabang komedi tersebut.
“Its not about what you did, its about how you did…Saya masih belajar dan akan terus belajar .
Learn the rules before you break the rules,” ujarnya.
Fiza Kamarudin
Fri Nov 19 2021
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.