Salah percaturan! Itu ayat digunakan netizen apabila nama kumpulan ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Minggu ini menyaksikan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B menjemput usahawan terkenal Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan.

Namun lain pula jadinya apabila ‘pertolongan’ Vida didakwa tidak menjadi dan menenggelamkan kumpulan tersebut.

Selain ABC, Zuzuzu juga tiada rezeki apabila menjadi bintang kedua yang tersingkir di pentas separuh akhir.

Dalam pada itu, kumpulan Heart diumumkan sebagai penerima Superstar of The Week kerana prestasi persembahan mereka yang semakin bagus.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI