Setelah sekian lama ditangguhkan akhirnya pentas Muzikal Lawak Superstar 2 kembali membuka tirai malam ini.

Menariknya, pentas MLS2 kali ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara tersohor, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Berit aitu dimaklumkan menerusi posting terbaharu di akaun Instagram rasmi Zon Lawak sebentar tadi.

“Malam gegaran di Muzikal Lawak Superstar 2 secara langsung. Diva AA kumpulan mana? Kau tanyalah mak kau!” katanya dalam klip video pendek berkenaan.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Selain Diva AA, selebriti lain yang bakal membuat penampilan istimewa antaranya Shamsul Ghau Ghau dan juga Mak Jah.

Jadi jangan lupa saksikan MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.

Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat ini selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.