Minggu ketujuh Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menyaksikan kumpulan Puppet diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Puppet yang dianggotai oleh Sharif, Wan dan Rul bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut.

Selain Puppet, dua lagi kumpulan yang turut berada dikedudukan terendah adalah Mashuk dan Zuzuzu.

Dalam pada itu, kumpulan Heart sekali lagi diumumkan sebagai penerima Superstar of The Week kerana prestasi persembahan mereka yang semakin bagus.

Untuk pengetahuan, minggu ini merupakan kali keempat Heart berjaya merangkul anugerah berkenaan.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI