Minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan kumpulan SELIT tersingkir.

SELIT yang dianggotai oleh Ajo, Azmir Aziz dan Shidi Data terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Bertemakan ‘Hub Pengangkutan’, SELIT hanya menerima markah sebanyak 25.93%

Juri, Najip Ali mengatakan persembahan mereka sedikit kurang dari segi lawaknya.

"Saya nampak ada peningkatan tetapi kalau boleh kami mahukan lawak ketawa besar bukan hanya sekadar senyum kambing," katanya.

Selain SELIT, NGAM dan ARTEH juga turut berada dikedudukan terendah.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu kelima.

1. CILI - 64.50%

2. UBI - 52.00%

3. WISEL - 42.14%

4. BAHROY - 40.86%

5. OOD - 37.70%

6. ARTEH - 33.35%

7. NGAM - 30.18%

8. SELIT - 25.93%

Sementara itu, CILI pula dipilih sebagai penerima Superstar Gempak of The Week.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022