Gaya Hidup

Model Terbaru iPhone Bakal Dilancarkan! Bukan 1 Atau 2, Tapi...

Hanafis Haris
19/06/2019
11:01 MYT
September boleh dianggap sebagai tarikh keramat buat syarikat Apple Inc apabila kebanyakkan telefon pintar mereka dilancarkan pada bulan berkenaan.
Berdasarkan maklumat yang mula tersebar, Apple dijangka mengeluarkan tiga model terbaru tahun ini iaitu iPhone 11, iPhone 11 Plus dan iPhone 11R.
Bagi rekaannya pula, Apple mungkin mengekalkan imej mereka dengan kelebihan yang sama pada paparan tepi di bahagian atas model tersebut.
Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan gambar rekaan kerangka iPhone yang tertiris menampilkan tiga kamera pada bahagian belakang.
Malah berkemungkinan kamera ini akan disertakan dengan fungsi kamera 3D Time Of Flight (TOF) yang mampu menghasilkan kesan bokeh dengan lebih baik.
Khabar ini dikuatkan lagi dengan berita dari Bloomberg yang melaporkan Apple sedang membangunkan sensor 3D sekitar beberapa tahun lalu.
Maklumat tambahan lain turut menyaksikan fungsi 3D Touch akan ditamatkan manakala USB jenis Type-C akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada peranti iPhone.
Harga untuk seunit model ini masih belum diketahui namun ia dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Dapat Tote Bag Percuma Ketika Pembukaan Apple Store, Netizen Jual Semula Cecah Ribuan Ringgit?

gempak
24/06/2024
18:55 MYT
Pada 22 Jun lalu, jenama teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple telah melancarkan pembukaan cawangan Apple Store pertama di Malaysia iaitu di Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Berita

Dibuka Mulai Esok, Ini Fakta Menarik Mengenai Apple The Exchange TRX Yang Anda Perlu Tahu

gempak
21/06/2024
12:55 MYT
Setelah lama berteka-teki, akhirnya kedai fizikal Apple iaitu Apple The Exchange TRX dibuka kepada umum esok.
Viral

7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

gempak
07/06/2024
21:44 MYT
Satu rakaman  video tular memaparkan ‘operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar  iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai, lapor portal berita The Indian Express.
Viral

Janji iPhone 15 Untuk 30 Pembeli Terawal Perfume, Individu Dakwa Ditipu Influencer - “Mana iPhonenya?!”

gempak
04/03/2024
12:55 MYT
Hmm influencer mana ni?