Laman Utama

Model Tinggalkan Dunia Glamor Nikahi Pemandu Lori

gempak
Izwan Isa
18/09/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Model Tinggalkan Dunia Glamor Nikahi Pemandu Lori
Gara-gara mahu menikahi seorang pemandu lori, seorang model sanggup meninggalkan dunia glamor untuk bersama dengan lelaki pilihannya.
Memetik laman berita Tribunnews, model tersebut, Putri Liliana berkongsi mengenai kisah cintanya menerusi akaun TikTok @putrilistiana.
Putri Listiana berkata, sepanjang menjalani hubungan cinta dengan lelaki yang kini sudah bergelar suaminya, dia sering menerima cemuhan daripada orang ramai.
Begitupun, wanita asal Jawa Tengah itu ternyata tidak mempedulikan kata orang, malah sentiasa mengagumi pekerjaan suaminya.
Lebih istimewa, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan menaiki lori.
Hantaran yang dimuat naik Putri menjadi tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya.
“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen.
Sumber: Tribunnews
BACA: Pilu… Pengantin Wanita Terpaksa Kahwin Bakal Bapa Mentua Sebab Calon Suami…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024