Berita
“Moga Allah Lindungi Anak Umi… “- Sambut Hari Jadi Ke-30, Ardell Bakal Bersalin Tak Lama Lagi
Pelakon Ardell Aryana bersyukur kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran ke -30 semalam.
Menurut Ardel dia sangat menghargai apa yang dikurniakan kepadanya sepanjang usianya termasuk dikurniakan ibu mertua yang sangat baik.
“Alhamdulillah Allah pinjamkan umur sehingga capai angka umur 30, syukur syukur ! Sepanjang perjalanan hidup sehingga harini , ujian satu demi satu menghimpit walau ia tidak terhenti disini sekurangnya pernah sampi ketahap ini .
“Alhamdulillah Allah bagi saya merasa menjadi seorang isteri bagai satu mimpi .
“Alhamdulillah Allah bagi peluang saya masih bersama seorang ibu yang tabah serta adik beradik & ipar duai yang saya amat kasihi .
“Alhamdulillah Allah beri saya rezeki memiliki keluarga mertua yang sangat baik & penyanyang pada saya,” tulisnya.
Ardel berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu juga, Ardel turut meluahkan rasa keterujaannya untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
“Alhamdulillah Allah beri saya peluang merasai menjadi seorang wanita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi inshaallah ( semoga Allah lindungi anak umie selalu sehingga lahir dan sehingga akhir hayat awak ) dah lapan bulan, tak sabar nak lihat awak wahai malaikat kecil.
“Semua yang terjadi sehingga kini seperti aku memerhatikan dari jauh seolah ianya mimpi dan angan-angan yang cukup indah, tapi tidak Allah beri rasa indah ini dan ia adalah reality,” katanya lagi.
Ardell mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada 1 September tahun lalu.
Must-Watch Video